Peluang Kerjaya Bersama
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
(Agensi Di Bawah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi)
   

 

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam usaha menjadi “ the leading agency “ untuk pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB) mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti dibawah:-

 

BIL. JAWATAN KLASIFIKASI PERKHIDMATAN KUMPULAN PERKHIDMATAN GRED JADUAL GAJI

1.

PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL

PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN

 

PENGURUSAN & PROFESIONAL

J41

P1T1 RM 2088.25 - P1T23 RM 4721.03

P2T1 RM 2184.26 - P2T23 RM 5015.88

P3T1 RM 2284.45 - P3T23 RM 5306.79

2.

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

SISTEM MAKLUMAT

PENGURUSAN & PROFESIONAL

F41

P1T1 RM1899.01  -  P1T25 RM4715.47

P2T1 RM1995.02  -  P2T25 RM4988.08

P3T1 RM2095.21  -  P3T25 RM5284.57

3.

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

SISTEM MAKLUMAT

SOKONGAN

 F29

P1T1 RM1544.86  - P1T21  RM3034.66

P2T1 RM1615.95  - P2T21  RM3237.37

P3T1 RM1690.06  - P3T21  RM3415.79

           
A: SYARAT LANTIKAN    
1

JAWATAN 1      

 :

PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL
(TETAP / KONTRAK)
  BIDANG

 :

 
 

 

i. Kejuruteraan Eletrik x. Kejuruteraan Awam
    ii. Kejuruteraan Elektronik xi. Kejuruteraan Automotif
    iii. Kejuruteraan Mekanikal xii. Kejuruteraan Maritim
    iv. Kejuruteraan Mekatronik xiii. Kejuruteraan Instrumentasi
    v. Kejuruteraan Petroleum xiv. Kejuruteraan Mekanik & Bahan
    vi. Kejuruteraan Pembuatan    
    vii. Kejuruteraan Bio-Process (Bio-Process Eng.)
    viii. Kejuruteraan Bio-Perubatan (Bio-Medical Eng.)
    ix Kejuruteraan Pemprosesan (Process Eng.)
     
     
     
     
1  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
    a. warganegara Malaysia;
    b. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
     

 (Gaji permulaan ialah pada Gred J41: P1T1)

    c. Iulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    atau  
    iii. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T10 : RM2509.90; bagi

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan: P1T11 : RM2600.35 ; dan

Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia: P1T12 : RM2690.80)
    Dan  
  b)    Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
  c)    Calon-calon yang tidak memiliki Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan seperti yang dinyatakan di atas boleh juga memohon. Calon-calon yang berjaya akan dilantik secara perkhidmatan Sementara / Kontrak atas Gred DC41.
 
      Jadual Gaji (Gred DC41) : P1T1 RM 1598.44 – P1T10 RM 2354.05
      Gaji Permulaan :-
      Ijazah Sarjana Muda Kepujian

-

Gred DC41: P1T5 RM 1901.80
      Ijazah Sarjana Muda Am -

-

Gred DC41: P1T3 RM 1720.90
  d)    Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dengan Subjek yang dipohon.
 
 

A.     

CARA MEMOHON:
   

1.

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang elektronik yang disediakan di dalam laman web MARA di alamat www.mara.gov.my.
Tarikh akhir permohonan adalah pada 31 Oktober 2007.
 
   

2.

Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau pihak Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan-salinan sijil dan lain-lain dokumen, Kenyataan Perkhidmatan serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini disertakan bersama di samping melengkapkan borang elektronik di laman web MARA seperti dinyatakan di A(1).

Permohonan yang telah lengkap hendaklah sampai di alamat seperti di bawah selewat-lewatnya pada
5 November 2007 :
-
     

 
Pengarah
Bahagian Sumber Manusia
Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA
No. 21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur.

    3. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan akan ditolak.
 

B.    

UMUR:
    1. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
 
    2. Pegawai sedang berkhidmat yang layak di bawah peruntukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
 
  C.     TARAF KERAKYATAN
    Hanya permohonan dari warganegara Malaysia akan dipertimbangkan.
 
  D.     TARAF JAWATAN:
    Tetap / Sementara / Kontrak
 
  E.     PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
    Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan-jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
 
  F.     FAEDAH PERKHIDMATAN
    Selain daripada menerima gaji mengikut skim perkhidmatan di atas, pegawai-pegawai yang dilantik juga akan menerima kemudahan-kemudahan lain seperti elaun-elaun yang ditetapkan oleh kerajaan, kemudahan perubatan di hospital kerajaan dan klinik panel. Disamping itu pegawai-pegawai juga berpeluang untuk menyambung pelajaran bagi mempertingkatkan kerjaya. Kelayakan untuk menerima kemudahan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
 
  G.     CATATAN AM:
    1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
 
    2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) tahun dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan di keluarkan oleh pihak Bahagian Sumber Manusia MARA
 
    3. Pemohon-pemohon yang pernah memohon jawatan di atas dikehendaki mengemukakan permohonan semula dengan lengkap, jika masih berminat.
 
    4. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Sijil/Diploma/Ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dengan jawatan yang dipohon.
 
   

5.

Pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma / Ijazah dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan surat pengiktirafan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
       
       
       
“Mara terus mara”
“KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN”
       

 

 

 

 .