|
Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) diwujudkan untuk menyelaraskan sepenuhnya urusan
kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi-Institusi
Pendidikan MARA (IPMa)
secara berpusat. Pengambilan pelajar adalah sebanyak 2
kali setahun [kecuali Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia
Kelantan (PKS-UMK) hanya sekali setahun sahaja] di mana permohonan boleh mula dibuat setelah iklan dikeluarkan.
Antara tugas
utama UPIM adalah seperti yang disenaraikan :‑
Institusi-Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang terlibat dalam penyelarasan permohonan
bagi program pengajian Persediaan, Pra-Diploma, Diploma, Higher National Diploma
dan Ijazah pertama melalui UPIM adalah seperti berikut :‑
 | Kolej Profesional MARA ( KPM ) |  | German Malaysian Institute (GMI) |  | Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) / Institut Kemahiran MARA (IKM) |  | Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Cawangan-Cawangannya. |  | Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) |  | Kolej MARA (KM) - Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PKS-UMK) |
PERMOHONAN PILIHAN PROGRAM / INSTITUSI
Permohonan secara on-line hendaklah dibuat berdasarkan kelayakan pemohon mengikut kelayakan dan minat masing-masing.
KRITERIA PEMILIHAN
Pemilihan pemohon-pemohon
yang layak akan berpandu kepada faktor-faktor berikut :‑
 | Kombinasi pencapaian subjek yang diperolehi pemohon. |  | Mencapai gred subjek yang ditetapkan bagi program yang dipohon. |  | Bilangan tempat yang disediakan mengikut program fakulti dan institusi. |  | Ujian Khas Kemasukan dan temuduga akan diadakan tertakluk kepada keperluan fakulti atau institusi. Pemohon- | | pemohon akan dihubungi terus oleh fakulti atau institut berkenaan untuk proses ujian khas atau temuduga. |
TAWARAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN MARA
Pemohon yang terpilih akan dihubungi terus oleh IPMa yang dipilih, walaubagaimanapun
, bagi pemohon yang tidak menerima apa-apa tawaran selepas enam (6) bulan dari tarikh permohonan bolehlah menganggap permohonan mereka
gagal. Tidak ada surat
menyurat dibuat mengenainya.
Pemohon berkemungkinan menerima tawaran
lebih dari satu IPMa. Walau bagaimanapun, pemohoan hanya perlu menerima satu tawaran
sahaja.
Amaran
:
Tawaran dibuat
berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemohon. Tawaran IPMa terbatal sekiranya didapati
calon tidak memenuhi syarat kelayakan semasa melapor diri di IPMa. Dengan ini calon tidak dibenarkan
mendaftar. Segala perbelanjaan berkaitan adalah tanggungjawab calon.
TAJAAN PENGAJIAN
Calon yang berjaya dipilih
bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTM adalah layak dipertimbangkan tajaan
pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Urusan
berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama
dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
Manakala, bagi calon yang terpilih
mengikuti pengajian di KPM, KKTM, IKM dan KM (PKS-UMK), yuran pengajian adalah percuma yang mana
ianya akan dibiayai oleh MARA dan elaun pelatih akan diberikan kepada mereka yang
layak menerima bantuan.
KATEGORI PEMOHON
Kategori pemohon adalah
berdasarkan kepada kelayakan pemohon seperti berikut :‑
 | Pemohon yang menggunakan keputusan SPM/SPMV / Setaraf dengannya. |  | Pemohon lepasan SPM dan Sijil mengikut bidang yang dipohon. |  | Pemohon lepasan SPM dan STPM. |  | Pemohon lepasan SPM dan Diploma/Higher National Diploma / Setaraf |
PERMOHONAN BAGI
PROGRAM YANG PERLU TEMUDUGA
Permohonan bagi program yang perlu ditemuduga akan dimaklumkan oleh IPMa yang berkaitan sekiranya layak dan akan
dipanggil untuk temuduga.
STATUS PERMOHONAN
Keputusan permohonan dijangka
akan diumumkan di laman web UPIM.
|